5 Tempat Menarik di Thailand Yang Semakin Menjadi Tarikan Pelancong!
#1 Dreamworld Bangkok
Kalau di barat ada Disneyland, dekat Thailand pun ada taman tema iaitu Dreamland.
Mama boleh menonton pertunjukan haiwan “The Animal Show” serta aksi berprestij “Hollywood Action”.
Tidak hanya kanak-kanak, malah orang dewasa yang datang pun tak tertarik nak berseronok di taman tema Bangkok ini.
Antara permainan yang menarik untuk dicuba di sini termasuklah “Hurricane Ride”, “Viking Ride”, “Tornado Ride”, “Super Splash” dan “Grand Canyon Ride”.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat: 10 pagi – 5 petang & Sabtu – Ahad: 10 pagi – 6 petang
Teater ini mempunyai kapasiti sebanyak 2,000 tempat duduk untuk pengunjung menikmati persembahan kisah sejarah serta budaya Thailand.
Sebelum persembahan bermula, pelbagai aktiviti seperti demonstrasi tenunan kain sutera dan Muay Thai juga turut dipaparkan.
Bagi Mama yang pencinta seni, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat ini!
Alamat: Huai Khwang, Bangkok 10310, Thailand
#3 Sungai Chao Phraya
Sungai Chao Phraya ialah sebuah sungai yang terkenal dan terpanjang di Thailand. Sungai ini menjadi simbol kemajuan Bangkok.
Sungai ini masih menjadi salah satu laluan utama untuk orang awam pergi ke tempat kerja menggunakan perkhidmatan feri.
Dinamakan Chao Phraya yang bermaksud ‘Sungai Raja’ atau ‘sungai yang dimiliki oleh tuhan’.
Para pelancong boleh menaiki feri river cruise untuk menikmati pemandangan yang indah sepanjang sungai ini.
#4 Umphang
Umphang ialah sebuah kampung bersempadan dengan negara jiran, Myanmar.
Di sini lah lokasi air terjun terbesar negara Thailand yang dikenali dengan nama Tee Lor Su.
Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah berkayak, bermandi-manda dan menjelajah hutan.
Alamat: อำเภออุ้มผาง, Tak 63170, Thailand
#5 Koh Samui
Koh Samui mungkin salah satu destinasi yang Mama cari! Koh Samui merupakan antara pulau dan tempat menarik di Thailand yang popular dalam kalangan pelancong yang inginkan suasana ‘healing’.
Beberapa aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuklah berkelah, snorkeling, lawatan ke Taman Rama-Rama Samui dan melihat Patung Buddha disaluti gangsa.
blog 5 Tempat Menarik di Thailand Yang Semakin Menjadi Tarikan Pelancong! #1 Dreamworld Bangkok Kalau di barat ada Disneyland, dekat Thailand pun ada taman tema
blog Jika anda merancang untuk memandu sendiri ke Thailand, ini tiga dokumen penting yang perlu anda sediakan. Melancong ke Thailand menjadi salah satu destinasi wajib