XploreThai

← Blog · 8 April 2025

5 Tempat Menarik di Thailand Yang Semakin Menjadi Tarikan Pelancong!

#1 Dreamworld Bangkok

Kalau di barat ada Disneyland, dekat Thailand pun ada taman tema iaitu Dreamworld. Anda boleh menonton pertunjukan haiwan “The Animal Show” serta aksi berprestij “Hollywood Action”.

Tidak hanya kanak-kanak, malah orang dewasa yang datang pun tertarik nak berseronok di taman tema Bangkok ini. Antara permainan yang menarik untuk dicuba termasuklah “Hurricane Ride”, “Viking Ride”, “Tornado Ride”, “Super Splash” dan “Grand Canyon Ride”.

Waktu operasi: Isnin – Jumaat 10 pagi – 5 petang; Sabtu – Ahad 10 pagi – 6 petang. Alamat: 62 Moo 1, Rangsit–Nakhon Nayok Road, Bueng Yitho, Thanyaburi, Pathum Thani 12130.

#2 Siam Niramit Theatre Show

Teater ini mempunyai kapasiti 2,000 tempat duduk untuk pengunjung menikmati persembahan kisah sejarah serta budaya Thailand. Sebelum persembahan bermula, pelbagai aktiviti seperti demonstrasi tenunan kain sutera dan Muay Thai turut dipaparkan. Bagi pencinta seni, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat ini.

Alamat: Huai Khwang, Bangkok 10310.

#3 Sungai Chao Phraya

Sungai Chao Phraya ialah sungai yang terkenal dan terpanjang di Thailand, dan menjadi simbol kemajuan Bangkok. Ia masih menjadi laluan utama orang awam ke tempat kerja menggunakan perkhidmatan feri. Dinamakan Chao Phraya yang bermaksud “Sungai Raja”. Pelancong boleh menaiki feri river cruise untuk menikmati pemandangan sepanjang sungai.

#4 Umphang

Umphang ialah sebuah kampung bersempadan dengan Myanmar. Di sinilah lokasi air terjun terbesar Thailand, Tee Lor Su. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah berkayak, bermandi-manda dan menjelajah hutan.

Alamat: Umphang District, Tak 63170.

#5 Koh Samui

Koh Samui antara pulau paling popular dalam kalangan pelancong yang inginkan suasana “healing”. Aktiviti di sini termasuklah berkelah, snorkeling, lawatan ke Taman Rama-Rama Samui dan melihat Patung Buddha disaluti gangsa.

Alamat: Koh Samui District, Surat Thani.

Memandu sendiri ke mana-mana destinasi ini? Pastikan insurans kenderaan Thailand anda sudah ada sebelum melepasi sempadan. Lihat pakej.

Lihat pakej insurans

💬 Tempah WhatsApp