XploreThai

← Blog · 7 April 2025

Jangan Tinggal 3 Dokumen Penting Ini Kalau Nak Bawa Kereta Sendiri Masuk Thailand

Jika anda merancang untuk memandu sendiri ke Thailand, ini tiga dokumen penting yang perlu anda sediakan.

Melancong ke Thailand menjadi salah satu destinasi wajib para pelancong. Ya, kerana mempunyai pantai yang cantik malah mempunyai budaya dan peraturan berbeza daripada negara yang lain.

Jika anda baru pertama kali datang ke Thailand, pasti perasaan teruja membuak-buak. Ia juga menjadi sebuah negara yang dipenuhi dengan makanan yang lazat dan pelbagai.

Pasti ramai yang bertanya, boleh ke bawa kenderaan sendiri masuk ke negara jiran tu? Jawapannya ya, boleh. Cuma ada beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan.

Benda yang perlu ada

  1. Passport — sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh masuk.
  2. Sijil pemilikan kenderaan (geran / VOC) — nama pemilik mesti sama dengan pemandu, atau bawa surat kebenaran pemilik.
  3. Insurans kenderaan Thailand — Compulsory (Por Ror Bor) adalah wajib untuk masuk. Voluntary sangat digalakkan untuk perlindungan pihak ketiga.

Di sempadan anda juga perlu mengisi borang TM2 dan TM3 (senarai penumpang dan maklumat kenderaan). Semua pakej XploreThai sudah termasuk TM2 dan TM3.

Nak settle insurans sebelum bertolak? Lihat pakej dan harga atau terus tempah melalui WhatsApp.

Lihat pakej insurans

💬 Tempah WhatsApp