← Blog · 23 Oktober 2026
Compulsory vs Voluntary: Pakej Insurans Thailand Mana Patut Anda Pilih?
Soalan paling kerap kami terima di WhatsApp: “Ambil Basic cukup ke, atau kena ambil Premium?” Jawapan ringkas: Basic cukup untuk masuk Thailand. Premium yang melindungi poket anda kalau berlaku apa-apa.
Pakej Basic: Compulsory sahaja
Ini insurans wajib (Por Ror Bor). Ia melindungi kos rawatan hospital dan pampasan kecederaan jika berlaku kemalangan. Ia tidak membayar kerosakan harta atau kenderaan pihak lain.
Sesuai untuk: masuk sekejap, jarak dekat, pemandu yang sudah ada perlindungan lain.
Pakej Premium: Compulsory + Voluntary
Semua perlindungan Basic, ditambah:
- Pampasan kerosakan harta pihak ketiga di Thailand. Had sehingga THB 600,000 untuk motosikal dan THB 20 juta untuk kereta, MPV/SUV, pickup dan van.
- Pampasan kecederaan pihak ketiga sehingga THB 500,000.
- Ikat jamin polis sehingga THB 100,000.
- Bantuan Road Assist 24 jam.
Sesuai untuk: hampir semua orang yang memandu sendiri di Thailand.
Tiga situasi sebenar
Situasi 1: Anda calar kereta orang di parking Hat Yai. Basic: anda bayar sendiri, tunai, di tempat kejadian. Premium: Voluntary tanggung.
Situasi 2: Anda langgar motosikal tempatan, penunggang cedera. Basic: kos hospital penunggang ditanggung. Tetapi tuntutan tambahan daripada keluarga atau kerosakan motosikal tidak. Premium: kedua-duanya ditanggung mengikut had.
Situasi 3: Polis tahan anda selepas kemalangan sementara siasatan. Basic: anda cari wang ikat jamin sendiri. Premium: ikat jamin sehingga THB 100,000 disediakan.
Bagaimana dengan kereta sendiri?
Kedua-dua pakej tidak melindungi kerosakan kereta anda sendiri. Untuk itu, semak dengan ejen insurans kereta anda di Malaysia tentang Extension 101 (perlindungan kemalangan di Thailand, sistem pay & claim). Kebanyakan polisi komprehensif Malaysia boleh tambah ini dengan bayaran kecil.
Beza harga
Beza harga Basic dan Premium untuk 8 hari lebih kurang harga satu malam hotel bajet. Berbanding risiko tuntutan ribuan ringgit, kami rasa ia berbaloi.