Harga insurans kenderaan ke Thailand
Insurans kereta ke Thailand bermula RM38 untuk 8 hari (Pakej Basic, insurans wajib Por Ror Bor). Pakej Premium, yang menambah perlindungan pihak ketiga, bermula RM178 untuk 8 hari. Motosikal bermula RM49 untuk 3 bulan.
Harga dalam Ringgit Malaysia. Kemas kini terakhir: 29 Oktober 2026. Semua harga termasuk borang TM2 dan TM3.
Kereta, MPV/SUV, pickup dan van
| Kenderaan | Pakej | 8 hari | 1 bulan | 1 tahun |
|---|---|---|---|---|
| Kereta | Basic | RM38 | RM48 | RM148 |
| Kereta | Premium | RM178 | RM238 | RM498 |
| Kereta | Premium Plus | RM278 | RM438 | RM1498 |
| MPV / SUV | Basic | RM45 | RM68 | RM168 |
| MPV / SUV | Premium | RM198 | RM258 | RM528 |
| MPV / SUV | Premium Plus | RM298 | RM458 | RM1528 |
| Pickup | Basic | RM45 | RM68 | RM168 |
| Pickup | Premium | RM198 | RM258 | RM528 |
| Van | Basic | RM58 | RM68 | RM228 |
| Van | Premium | RM218 | RM278 | RM788 |
Motosikal
Pakej Basic (Compulsory sahaja)
| Kapasiti enjin | 3 bulan | 1 tahun |
|---|---|---|
| 125cc ke bawah | RM49 | RM119 |
| 126cc – 149cc | RM59 | RM139 |
| 150cc – 250cc | RM59 | RM139 |
| Atas 250cc | RM69 | RM159 |
Pakej Premium (Compulsory + Voluntary)
CI = Compulsory Insurance (Por Ror Bor). VI = Voluntary Insurance (pihak ketiga).
| Kapasiti enjin | 3 bulan CI + 2 bulan VI | 3 bulan CI + 3 bulan VI | 1 tahun CI + 1 tahun VI |
|---|---|---|---|
| 125cc ke bawah | RM269 | RM329 | RM429 |
| 126cc – 149cc | RM269 | RM329 | RM429 |
| 150cc – 250cc | RM279 | RM339 | RM459 |
| Atas 250cc | RM289 | RM349 | RM489 |
Apa yang setiap pakej tanggung
Pakej Basic
Compulsory sahaja
- Insurans WAJIB untuk masuk Thailand (Por Ror Bor).
- Perlindungan asas bil rawatan hospital jika berlaku kemalangan.
- Pampasan kecederaan sehingga THB 80,000 seorang, termasuk pihak ketiga.
Pakej Premium
Compulsory + Voluntary
- Semua perlindungan Pakej Basic.
- Pampasan kerosakan pihak ketiga sehingga THB 600,000 (motor) / THB 20 juta (kereta, MPV/SUV, pickup, van).
- Pampasan kecederaan sehingga THB 500,000.
- Ikat jamin polis sehingga THB 100,000.
- Bantuan Road Assist 24 jam.
Pakej Premium Plus
Compulsory + Voluntary + Voluntary Plus
- Semua perlindungan Pakej Premium.
- Tambahan perlindungan kerosakan kenderaan Malaysia anda sendiri sehingga THB 100,000.
- Percuma towing sehingga 100 km.
- Tiada pampasan jika kemalangan sendiri tanpa melibatkan kenderaan pihak ketiga.
- Untuk kereta dan MPV/SUV sahaja.
- Semua pakej termasuk TM2 dan TM3 (senarai penumpang dan maklumat kenderaan).
- Harga dalam Ringgit Malaysia. Bayaran melalui pautan FPX / Bayarcash yang kami hantar selepas semakan dokumen.
- Dokumen diperlukan: gambar geran (VOC) dan passport pemandu serta penumpang.
Tempah Online Tanya di WhatsApp
Soalan lazim tentang harga
Berapa harga insurans kereta ke Thailand?
Untuk kereta sedan atau hatchback, Pakej Basic (Compulsory / Por Ror Bor sahaja): 8 hari RM38, 1 bulan RM48, 1 tahun RM148. Pakej Premium (Compulsory + Voluntary): 8 hari RM178, 1 bulan RM238, 1 tahun RM498.
Berapa harga insurans MPV atau SUV ke Thailand?
Pakej Basic: 8 hari RM45, 1 bulan RM68, 1 tahun RM168. Pakej Premium: 8 hari RM198, 1 bulan RM258, 1 tahun RM528. Pakej Premium Plus: 8 hari RM298, 1 bulan RM458, 1 tahun RM1528.
Berapa harga insurans motosikal ke Thailand?
Pakej Basic untuk motosikal bermula RM49 untuk 3 bulan (125cc ke bawah). Harga naik ikut kapasiti enjin. Lihat jadual motosikal di halaman ini.
Apa beza Pakej Basic, Premium dan Premium Plus?
Basic ialah insurans wajib (Por Ror Bor) yang menanggung kecederaan sahaja. Premium menambah perlindungan kerosakan harta pihak ketiga, ikat jamin dan Road Assist. Premium Plus menambah perlindungan kerosakan kenderaan anda sendiri sehingga THB 100,000 dan towing percuma sehingga 100 km, untuk kereta dan MPV/SUV sahaja.
Harga ini sah di pintu sempadan mana?
Polisi sah di semua pintu sempadan darat Malaysia – Thailand: Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Wang Kelian, Durian Burung, Pengkalan Hulu, Rantau Panjang, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor.
Macam mana nak beli?
Isi borang di halaman pakej, kemudian hantar gambar geran (VOC) dan passport melalui WhatsApp. Kami hantar pautan bayaran FPX. Polisi dan borang TM2/TM3 dihantar secara digital untuk dicetak.