← Blog · 23 Oktober 2026
Senarai Pintu Sempadan Malaysia – Thailand Yang Boleh Dilalui Dengan Kenderaan
Ada beberapa pintu sempadan darat antara Malaysia dan Thailand yang boleh dilalui dengan kenderaan sendiri. Pilih ikut dari mana anda bertolak dan ke mana anda nak pergi.
Kelantan
Rantau Panjang – Sungai Golok. Paling popular untuk pantai timur. Terus ke Narathiwat, Pattani dan Hat Yai. Pejabat XploreThai ada di sini. Panduan langkah demi langkah.
Bukit Bunga – Buketa (Tak Bai). Lebih kecil dan kurang sesak. Laluan alternatif dari Jeli dan Tanah Merah.
Pengkalan Kubor – Tak Bai. Menggunakan feri menyeberangi Sungai Golok. Sesuai untuk motosikal dan kereta kecil. Semak jadual feri.
Perak
Pengkalan Hulu – Betong. Masuk terus ke Betong, Yala. Jalan bukit yang cantik. Sesuai untuk pelancong dari Perak dan Pulau Pinang yang nak ke selatan Thailand tanpa lalu Kedah. Panduan Pengkalan Hulu – Betong.
Kedah
Bukit Kayu Hitam – Sadao. Paling besar dan paling sibuk. Terus ke Hat Yai dan Songkhla. Sambungan dari Lebuhraya Utara Selatan. Sejak 11 Julai 2026, kenderaan dihalakan ke jalan baharu terus ke kompleks CIQ Sadao yang baharu, bukan lagi laluan lama yang terus masuk pekan Danok. Jangkakan beratur panjang pada cuti umum. Panduan Bukit Kayu Hitam – Sadao.
Durian Burung – Ban Prakob. Kecil dan senyap. Alternatif Bukit Kayu Hitam bila sesak.
Perlis
Padang Besar – Padang Besar. Ada laluan kenderaan dan kereta api. Dekat dengan Hat Yai juga. Panduan Padang Besar.
Wang Kelian – Wang Prachan. Pintu kecil ke Satun. Sesuai untuk pelancong ke Pulau Langkawi yang nak sambung ke Satun dan Pak Bara.
Mana paling sesuai?
| Destinasi | Pintu disyorkan |
|---|---|
| Hat Yai, Songkhla | Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar |
| Narathiwat, Pattani, Sungai Golok | Rantau Panjang |
| Betong, Yala | Pengkalan Hulu |
| Satun, Pak Bara (ke Koh Lipe) | Wang Kelian |
| Krabi, Phuket | Bukit Kayu Hitam, sambung lebuhraya Thailand |
Apa yang sama di semua pintu
Dokumen yang diperlukan sama di mana-mana pintu:
- Passport sah 6 bulan dan TDAC yang sudah diisi.
- Geran kenderaan dan lesen memandu.
- Insurans Thailand (Por Ror Bor wajib).
- Borang TM2 dan TM3.
Polisi insurans Thailand dari kami sah di semua pintu sempadan. Tidak kira anda masuk ikut Kelantan atau Perlis, satu polisi sudah cukup. Tempah di sini.