XploreThai

← Blog · 23 Oktober 2026

Apa Itu Por Ror Bor? Insurans Wajib Thailand Dijelaskan Dengan Mudah

Kalau anda pernah tanya orang yang biasa bawa kereta ke Thailand, perkataan “Por Ror Bor” pasti keluar. Ini penjelasan ringkas supaya anda faham apa yang anda bayar.

Maksud Por Ror Bor

Por Ror Bor (พ.ร.บ.) ialah singkatan nama akta di Thailand yang mewajibkan semua kenderaan bermotor di jalan raya Thailand mempunyai insurans asas untuk mangsa kemalangan. Dalam bahasa mudah: ia insurans kenderaan wajib Thailand, sama konsep dengan insurans pihak ketiga asas di Malaysia.

Di XploreThai kami panggil ia Compulsory Takaful atau Pakej Basic.

Siapa perlu ada?

Semua kenderaan Malaysia yang masuk Thailand: motosikal, kereta, MPV/SUV, pickup dan van. Pegawai di pintu sempadan akan semak. Tanpa Por Ror Bor, kenderaan anda tidak dibenarkan masuk.

Apa yang ia lindungi

Apa yang ia TIDAK lindungi

Ini bahagian yang ramai salah faham. Por Ror Bor tidak membayar:

Untuk perkara di atas, anda perlukan Voluntary (insurans pihak ketiga). Itu sebab kami galakkan Pakej Premium untuk kebanyakan pelancong. Baca perbandingan penuh dalam Compulsory vs Voluntary.

Tempoh yang boleh dipilih

Untuk kereta, MPV/SUV, pickup dan van: 8 hari, 1 bulan atau 1 tahun. Untuk motosikal: 3 bulan atau 1 tahun. Pilih ikut berapa kerap anda masuk Thailand. Kalau anda masuk lebih dua tiga kali setahun, pakej 1 tahun selalunya lebih jimat.

Cara dapatkan

  1. Isi borang sebut harga di laman kami atau terus WhatsApp.
  2. Hantar gambar geran (VOC) dan passport pemandu serta penumpang.
  3. Kami semak dan hantar pautan bayaran FPX.
  4. Polisi dihantar secara digital. Cetak dan bawa bersama.

Semua pakej kami sudah termasuk borang TM2 dan TM3 untuk sempadan. Tak perlu isi sendiri di kaunter.

Nak harga terus? Lihat pakej dan harga.

Lihat pakej insurans

💬 Tempah WhatsApp